Isnin, 14 Disember 2015

BAGAIMANAKAH KEADAAN KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH DAN SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA. ADAKAH MEREKA MENGHADAPI STRESS YANG TINGGI?





Apabila kanak-kanak mengalami proses sosioemosi, secara langsung pemikiran kanak-kanak itu mula proses dengan normal. Kebiasaannya, kanak-kanak tidak mampu menunjukkan tekanannya seperti orang dewasa. Apabila kanak-kanak itu mengalami tekanan, dia akan mencuba untuk memberontak. Baru-baru ini baru terjadi kes orang asli lari dari asrama apabila guru memarahinya. Melalui itu, kita boleh lihat bagaimana cara kanak-kanak itu meluahkan perasaannya.

Mari kita sama-sama memberi pandangan tentang 'Bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi? Jom kita bincangkan.


Ahad, 13 Disember 2015

APAKAH MASALAH YANG MUNGKIN DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK YANG TIDAK MEMPUNYAI HUBUNGAN PERAPATAN DENGAN BAPA






Bapa merupakan penguat untuk seorang ibu untuk terus kuat dan tabah dalam membesarkan anak-anak. Dalam kalangan anak-anak, kebanyakan mereka lebih rapat dengan ibu. Mungkin disebabkan hat ibu yang lembut dan lebih memahami perasaan anak-anak berbanding bapa. 

Apakah masalah yang mungkin selalu dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa? sejauh manakah konflik ini mampu berlegar dalam pemikiran kanak-kanak yang menghadapi masalah ini? jom sama-sama berkongsi pendapat (:
PERANAN RAKAN SEBAYA DALAM MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK






Rakan sebaya merupakan orang boleh dikira rapat dengan kita selain daripada ahli keluarga. Rakan sebaya mampu menpengaruhi sosioemosi kanak-kanak itu samada kearah positif atau negatif. 
Rakan sebaya merupakan agen sosialisasi kedua.

Mari kita sama-sama bincangkan mengenai 'Peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak'. Berikan pendapat dan pengalaman anda ketika mendekati kanak-kanak dari segi sosioemosi mereka.

Sabtu, 10 Oktober 2015

KECERDASAN EMOSI DAN SOSIAL ADALAH LEBIH PENTING DARI INTELEK DALAM DUNIA PEKERJAAN

           
~sama-sama berkongsi ilmu yang bermanfaat~


Kecerdasan emosi merupakan integrasi elemen emosi dengan kognitif struktur seseorang. Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting kerana kita akan memahami emosi diri kita sendiri serta mampu bersikap mengikut nilai-nilai yang baik dan ia merupakan penentu kejayaan hidup seseorang individu. Jika kecerdasan intelek yang tinggi ia tidak semestinya menjamin kejayaan jika tahap kecerdasan emosi dan sosial itu rendah.

Bincangkan mengenai tajuk 'Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting dari intelek dalam dunia pekerjaan',Berikan pendapat positif atau negatif dan sila nyatakan sebab-sebab.