![]() |
| ~sama-sama berkongsi ilmu yang bermanfaat~ |
Kecerdasan emosi merupakan integrasi elemen emosi dengan kognitif struktur seseorang. Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting kerana kita akan memahami emosi diri kita sendiri serta mampu bersikap mengikut nilai-nilai yang baik dan ia merupakan penentu kejayaan hidup seseorang individu. Jika kecerdasan intelek yang tinggi ia tidak semestinya menjamin kejayaan jika tahap kecerdasan emosi dan sosial itu rendah.
Bincangkan mengenai tajuk 'Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting dari intelek dalam dunia pekerjaan',Berikan pendapat positif atau negatif dan sila nyatakan sebab-sebab.

Kecerdasan emosi adalah kemampuan seseorang untuk menerima, menilai, mengelola, serta mengawal emosi dirinya dan orang lain di sekitarnya. Dalam hal ini, emosi mengacu pada perasaan terhadap informasi akan sesebuah ikatan perhubungan. Sedangkan, kecerdasan mengacu pada sesuatu untuk memberikan alasan yang logik akan suatu hubungan. Kecerdasan emosi belakangan ini dinilai lebih penting daripada kecerdasan intelek. Sebuah penelitian mengungkapkan bahawa kecerdasan emosi dua kali lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam memberikan penumpuan dan menentukan kejayaan seseorang khususnya dalam dunia perkerjaan.
BalasPadamSebagaimana profesion perguruan yang menitik beratkan terhadap suatu tanggungjawab yang perlu digalas dalam pengajaran & pembelajaran (P&P) yang kadang-kalanya sikap pelajar-pelajarnya menguji kesabarannya yang melibatkan emosi guru itu sendiri. Menurut Howard Gardner (1983) terdapat lima pokok utama dari kecerdasan emosi seseorang, yakni mampu mengendali dan mengelola emosi diri sendiri, memiliki kepekaan terhadap emosi orang lain, mampu merespon dan bersosialisasi dengan orang lain secara emosional, serta dapat menggunakan emosi sebagai alat untuk memotivasi diri. Menurut Aristoteles pula, dalam The Nichomacea Ethics adalah bukan emosi yang menjadi masalah, tetapi lebih kepada kita mengekspresikan dan mengendalikan semua jenis emosi dan menguasainya dengan kecerdasan, bahkan nafsu jika dilatih dengan baik akan menghasilkan kebijaksanaan.
Terima kasih saudari izaty atas komen yang bernas. Betul, kecerdasan lebih penting kerana, kalau kecergasan emosi tu tiada, kerja yang kita jalankan tidak akan bergerak dengan sempurna dan tidak akan selesai dengan sempurna. Dalam dunia pekerjaan pula, jika tiada kecerdasan emosi, akan berlaku la pergaduhan dan tidak mahu meerima pendapat orang lain dan ini mampu memberi masalah kepada kita.
PadamAssalamualaikum saudari muna. pada kali ini saya bersetuju dengan tajuk forum yang menyatakan bahawa sebagai anggota kerja seharusnya kita lebih mementingkan kecerdasan emosi dan sosial seseorang semasa ditempat kerja. lantaran itu, ramai majikan yang menemuduga pekerja amat menitik beratkan semangat yang akan diberikan oleh seseorang. ini kerana sebagai seorang majikan saya juga akan mengambil pekerja yang mampu mengawal emosi, disamping pekerja saya nanti terpaksa bersosial dan mereka akan menghadapi perbagai ragam manusia. oleh itu, kecerdasan intelek tidak dapat membantu kerana permasalahan sesuatu perkara akan selesai apabila kita dapat menangani emosi kita. pada masa yang sama, seseorang yang mempunyai intelek yang baik juga kurang diterima oleh masyarakat kerana ada kalanya mereka ini tidak mampu mengawal emosi. begitu juga teori psikologi yang sering kali menerangkan bahawa kejayaan seseorang itu dapat kita lihat apabila mereka sentiasa berada dikelopok masyarakat dan salah satu kita menangani stress ialah dengan cara meluahkan pada seseorang.
BalasPadamWaalakumussalam. Betul saudari. Kita perlu mementingkan kecerdasan emosi dan sosial agar, sesuatu pekerjaan yang ingin dilakukan berjalan dengan lancar.
PadamKecerdasan emosi dan sosial bukan sahaja penting dari sudut itu, malah dari sudut untuk berkomunikasi dengan orang yang baru kita kenal pun turut akan membantu. sekaligus mampu melancarkan kerja.
Secara umumnya emosi bermaksud perasaan. Manusia merupakan antara hidupan yang memiliki emosi yang sangat kompleks dan halus. Emosi juga adalah adaptasi evolusi, kerana meningkatkan kemampuan organisma untuk mengalami dan mengevolusi lingkungannya dan kemudian menambah kemungkinan hidup dan beriproduksi.Manakala kecerdasan pula didefinisikan menurut Kamus Dewan edisi ketiga sebagai kesempurnaan akal untuk berfikir, memahami, mengerti dan seumpamanya.
BalasPadamDari segi kontekstual, dapatlah disimpulkan bahawa kecerdasan emosi merupakan sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya memanfaatkan maklumat sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu.
Terima kasih atas komen yang sempurna tentang penerangan mengenai emosi. Jika kecerdasan emosi kita bagus, maka baguslah hasil kerja yang dilakukan.
PadamSelain tu, kecerdasan emosi mampu membina pemikiran atau idea yang positif dalam melontarkan sebarang pendapat. Itu sahaja daripa saya (:
emosi mampu memberi impak positif dan negatif. Seandainya negatif akan melahirkan seseorang yang bertindak tanduk bengis, kasar dan mungkin kurang adab
BalasPadamAssalamualaikum saudari. Saya tertarik dengan persoalan yang dituju oleh saudari. Pada pandangan saya, pada peringkat awal kanak-kanak ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyediakan persekitaran pembelajaran di rumah. Persekitaran yang efektif membantu perkembangan pembelajaran kanak-kanak.Selain itu, sokongan dan bantuan orang dewasa amat besar impaknya terhadap perkembangan mereka. Menurut Ireson (2008) dalam Rosadah Abd Majid ibu bapa harus memainkan
BalasPadamperanan penting dalam pembangunan fizikal, kognitif, sosial dan emosi kanak-kanak. Ini kerana pada peringkat kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan, mereka seharusnya telah dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran yang utama seperti perkembangan motor, sosial, emosi ,kognitif dan sebagainya. Dan sebelum kanak-kanak itu memasuki alam persekolahan kanak-kanak hendaklah di
dedahkan dengan suasana pembelajaran agar proses penyesuaian di sekolah kelak lebih senang dan teratur. Kesediaan ke sekolah secara amnya di definisikan sebagai kecekapan sosial dan emosi kanakkanak, perkembangan motor dan fizikal, perkembangan kognitif iaitu kemahiran praakademik seperti membaca dan mengira dan juga pendekatan kanak-kanak kepada pembelajaran (NRC, 2001; Salji,
2007) kanak-kanak di katakan telah bersedia untuk ke sekolah jika tahap sosioemosi, kognitif, perkembangan motor dan fizikal, serta penerimaan untuk belajar telah berkembang pada tahap yang tinggi. Sebagai contoh, kanak-kanak telah bersedia untuk meninggalkan rumah untuk menerima pembelajaran di sekolah tanpa kawalan ibu bapa. Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran dan perkembangan yang baik akan lebih bersedia untuk memasuki alam persekolahan. Dan perkembangan ini adalah di sokong ataupun di pengaruhi oleh keluarga dan persekitaran kanak-kanak melalui interaksi dan pemerhatian sebelum memasuki sekolah (maxweel & Clifford 2004).
Waalaikumussalam. Terima kasih atas pendapat yang diberikan saudari yang cukup padat ilmunya.
PadamBetul, kecerdasan emosi dan sosial akan berkait terus dengan fizikal kognitif dan sebagainya, ini kerana perkara yang melibatkan emosi merupakan perkara utama yang terlebih dahulu muncul dalam menyampaikan sesuatu idea atau tindakan samada kearah negatf atau positif. Terima kasih