Bapa merupakan penguat untuk seorang ibu untuk terus kuat dan tabah dalam membesarkan anak-anak. Dalam kalangan anak-anak, kebanyakan mereka lebih rapat dengan ibu. Mungkin disebabkan hat ibu yang lembut dan lebih memahami perasaan anak-anak berbanding bapa.
Apakah masalah yang mungkin selalu dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa? sejauh manakah konflik ini mampu berlegar dalam pemikiran kanak-kanak yang menghadapi masalah ini? jom sama-sama berkongsi pendapat (:


Salam saudari Muna. Kali ini saya berpeluang lagi mengikuti forum anda. Saya sangat tertarik dengan tajuk ini. Salah satu kajian yang penting dalam bidang psikplogi perkembangan ialah kesan perapatan ke atas perkembangan sosioemosi individu. Secara umumnya, perapatan adalah ikatan istemewa di antara dua insan ( Santrock,2014) yang biasanya ditemui dalam hubungan diantara anak,ibu bapa atau penjaga atau di antara individu dengan rakan taulan. Pada pendapat saya, apabila berlakunya masalah perapatan antara ibu bapa dan anak, kesan negatif akan berlaku terhadap anak tersebut. Sebagai contoh, ibu bapa sibuk bekerja untuk menyara keluarga namun terlupa dengan anak yang sangat memerlukan kasih sayang kepada ibu bapa. Jika ini berlaku, anak-anak yang mempunyai naluri ingin tahu bebas melakukan apa sahaja yang mereka inginkan tanpa pengawasan ibu bapa. Lebih malang lagi jika kanak-kanak itu melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan perkembangan diri seperti merokok. Lambat laun, kanak-kanak akan menjadi liar dan sukar menerima nasihat dan teguran ibu bapa. Oleh itu sebagai ibu bapa perlulah menjaga anak kita seperti menatang minyak yang penuh. Sedikit lagi informasi berkaitan dengan hubungan perapatan antara anak dan bapa di sini. Terdapat sebuah kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik dari Oxford University, dilaporkan bahawa antara punca anak-anak kecil seawal usia satu tahun mempunyai masalah tingkah laku, contohnya tantrum adalah kerana hilangnya ayah dalam dunia mereka. Malah, dalam banyak kajian lain di peringkat umur yang berbeza-beza, peranan ayah pada usia awal kanak-kanak ( 0-5 tahun) adalah penentu kepada sikap kanak-kanak pada usia remaja. Oleh itu, jika baik peranan ayah terhadap anaknya, maka baiklah perangai anaknya dan begitulah juga akan berlaku jika sebaliknya. Oleh yang demikian, melalui segala informasi ini, kita boleh merumuskan jika hubungan perapatan antara anak dan bapa renggang maka, kesan keburukan akan dapat kita lihat terhadap tingkah laku anak itu nanti. Justeru, sebagai seorang ayah, seharusnya anda tidak mensia-siakan amanah yang sedang membesar di hadapan mata. Bahkan, sebagai seorang bapa anda juga bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak anda mengenai ilmu dunia dan akhirat sana dan janganlah hanya dilepaskan amanah mendidik itu kepada isteri sahaja. Terima kasih.
BalasPadamTerima kasih. betul tu..Jika dapat dilihat dari sudut yang senang untuk digambarkan, kanak-kanak akan mempunyai masalah dengan ibubapa. Tetapi untuk lihat kanak-kanak itu kurang rapat dengan bapa lah yang paling senang dilhat. Kemungkinan disebabkan faktor bapa yang ada sikap panas baran. maka ini akan berlaku pelbagai kes anak didera dengan bapa. bagi mengelakkan hal ini terjadi, kanak-kanak itu perlu dipantau oleh ibu
PadamAssalamualaikum saudari muna, Saya sangat tertarik dengan tajuk ini jadisaya ingin memberi pendapat. Salah satu kajian yang penting dalam bidang psikplogi perkembangan ialah kesan perapatan ke atas perkembangan sosioemosi individu. Secara umumnya, perapatan adalah ikatan istemewa di antara dua insan ( Santrock,2014) yang biasanya ditemui dalam hubungan diantara anak,ibu bapa atau penjaga atau di antara individu dengan rakan taulan. Pada pendapat saya, apabila berlakunya masalah perapatan antara ibu bapa dan anak, kesan negatif akan berlaku terhadap anak tersebut. Sebagai contoh, ibu bapa sibuk bekerja untuk menyara keluarga namun terlupa dengan anak yang sangat memerlukan kasih sayang kepada ibu bapa. Jika ini berlaku, anak-anak yang mempunyai naluri ingin tahu bebas melakukan apa sahaja yang mereka inginkan tanpa pengawasan ibu bapa. Lebih malang lagi jika kanak-kanak itu melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan perkembangan diri seperti merokok. Lambat laun, kanak-kanak akan menjadi liar dan sukar menerima nasihat dan teguran ibu bapa. Oleh itu sebagai ibu bapa perlulah menjaga anak kita seperti menatang minyak yang penuh. Sedikit lagi informasi berkaitan dengan hubungan perapatan antara anak dan bapa di sini. Terdapat sebuah kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik dari Oxford University, dilaporkan bahawa antara punca anak-anak kecil seawal usia satu tahun mempunyai masalah tingkah laku, contohnya tantrum adalah kerana hilangnya ayah dalam dunia mereka. Malah, dalam banyak kajian lain di peringkat umur yang berbeza-beza, peranan ayah pada usia awal kanak-kanak ( 0-5 tahun) adalah penentu kepada sikap kanak-kanak pada usia remaja. Oleh itu, jika baik peranan ayah terhadap anaknya, maka baiklah perangai anaknya dan begitulah juga akan berlaku jika sebaliknya. Oleh yang demikian, melalui segala informasi ini, kita boleh merumuskan jika hubungan perapatan antara anak dan bapa renggang maka, kesan keburukan akan dapat kita lihat terhadap tingkah laku anak itu nanti. Justeru, sebagai seorang ayah, seharusnya anda tidak mensia-siakan amanah yang sedang membesar di hadapan mata. Bahkan, sebagai seorang bapa anda juga bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak anda mengenai ilmu dunia dan akhirat sana dan janganlah hanya dilepaskan amanah mendidik itu kepada isteri sahaja. Terima kasih kerana menerima pandangan saya.
BalasPadamWaalaikumussalam saudari Diana. Terima kasih kerana sudi singgah untuk memberi pendapat. Pendapat yang cukup bermanfaat dan memberi ilmu yang terbaik kepada saya.
PadamFaktor utama yang menjadikan masalah dalam hubungan perapatan ini ialah disebabkan kesibukan ibubapa dalam bekerja. Zaman dunia yang moden ini, kebanyakkan ibubapa lebih berkejar mengumpul kekayaan berbanding memberi tunjuk ajar dalam membentuk anak-anak mereka sendiri. Isu masalah hubungan peraptan dengan bapa ini sudah menjadi kebiasaan. Ini kerana, bapa kurang bersama dengan anak-anak ketika mereka melalui proses untuk membesar. Ibu yang lebih banyak bersama anak-anak. Apabila masalah ini berlaku, ia akan menjejaskan institusi keluarga. Kerana yang membentuk keluarga itu ialah bermula daripada kasih sayang daripada seorang BAPA.
Saya tertarik dengan ayat saudari iaitu 'Jika baik peranan ayah terhadap anaknya, maka baiklah perangai anaknya'. Ayat yang mendalam dan memberi maksud yang penuh motivasi. ini kerana, bapa yang mampu mencorak dan tunjuk ajar daripada seorang bapa lah yang paling bermakna. Itu pendapat daripada saya. moga dapat bersua di lain forum. Terima kasih (:
Assalamualaikum saudari muna. terima kasih terhadap persoalan yang diberikan berkenaan masalah kanak-kanak yang dihadapi pada masa kini. berbalik kepada kesan yang akan dihadapi oleh masyarakat kita apabila masalah ini sering berlaku iaitu kanak-kanak akan menghadapi masalah sosial. antara masalah yang akan dihadapi oleh kanak-kanak tersebut adalah gejala sosial seperti terpengaruh dengan budaya luar, kanak-kanak yang tidak rapat dengan anggota keluarga akan mencari individu yang memahami mereka iaitu rakan sebaya. apabila kanak-kanak ini telah terjerumus dengan aktiviti rakan sebaya mereka apatah lagi kanak-kanak ini berada dalam rakan sebaya yang mempunyai masalah sosial. misalnya merokok, namun masalah terbaru iaitu masalah vape. perkara ini menjadi meluas apabila ibubapa tidak mendekatkan diri mereka dengan anak-anak mereka kerana sebagai seorang yang dewasa kita hendaklah sentiasa memberi perlindungan dan tunjuk ajar yang baik untuk kanak-kanak tersebut. selain itu, terdapat juga masalah kanak-kanak sering kali mengalami tekanan perasaan apabila keluarga mereka tidak memberikan perhatian kepada kanak-kanak. hal ini perlulah ditekankan kerana sebagai kanak-kanak mereka hanya memerlukan perhatian dari kelusrga mereka agar mereka sentiasa dipandu kearah kasih sayang.
BalasPadamWaalaikumussalam saudari Ruhaimah. Terima kasih kerana sudi berkongsi dalam memberi pengetahuan. Ilmu yang cukup bermanfaat kepada saya.
PadamBetul. Kemahiran dalam berkomunikasi turut menjadi punca. Apabila kanak-kanak itu mempunyai masalah dalam berkomunikasi, masalah ini mungkin akan berpanjangan. Sebab, melalui berkomunikasi lah hubungan itu mampu dibaiki. Sekian sahaja daripada saya. Yang baik datang dari Allah, yang kurang itu dari diri saya sendiri. Terima kasih. moga kita dapat bersua lagi di lain forum (:
Kasih sayang yang seorang ayah sangat besar kesannya kepada anak2 terutamanya kepada mental dan keyakinan seorang anak
BalasPadamAsslamualaikum. Izinkan saya melontarkan pandangan yang sedikit tetapi bermakna. Saudari, pada pandangan saya ibu bapa tidak perlu bimbang. Masalah perapatan berlaku disebabkan kita manusia biasa dan tidak lepas dari melakukan kesilapan. Ibu bapa bertindak sebagai kaunselor. Terima kasih.
BalasPadamwaalaikumussalam. saya sudi menerima pendapat saudara. ya, memang betul, kita sebagai manusia tidak boleh lari daripada kesilapan. Tetapi kita boleh cuba untuk elak daripada melakukan kesilapan. mencuba untuk jadi baik itulah sebenarnya yang terbaik. Sekaligus, mampu menjadi ibubapa yang terbaik. Terima kasih.
PadamAssalamualaikum saudari Majdatul Muna. Saya amat tertarik dengan persoalan yang ditujukan oleh saudari. Pada pandangan saya,kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa adalah kanak-kanak akan selalunya akan terlibat dengan masalah-masalah ataupun gejala sosial.contohnya,terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana. Di samping itu juga, kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam pelajaran .Di mana kanak-kanak akan ponteng sekolah dan seterusnya menyebabkan mereka tercicir dengan pelajaran. Di sini peranan bapa penting untuk mengenali anak mereka seperti siapa rakan-rakan anak mereka dan perlulah mengambil tahu setiap aktiviti anak-anak mereka. Seorang bapa sepatutnya tidak menjadikan alasan kesibukan berkerja dan seterusnya menghadkan masa untuk bersama-sama dengan anak mereka.Ada sebuah kajian yang dilakukan oleh University Oxford menunjukkan bahawa ada kaitan antara perhubungan rapat ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di sekolah. Dikatakan anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayahnya. Jadi di sini jelaslah bahawa peranan bapa penting dalam membimbing anak-anak mereka ke arah yang benar sama ada di dunia mahupun akhirat
BalasPadamWaalaikumussalam saudari Wan Norfarhana.Terima kasih kerana tertarik dengan topik yang dibawakan ini. Terima kasih juga atas pendapat yang bernas dan bermanfaat (:
BalasPadamPada pandangan saya, gejala sosial itu terlalu umum. itu bukan sahaja melibatkan masalah hubungan dengan bapa, malah akan berlaku juga masalah dengan seluruh keluaraga. Tetapi ia boleh juga dikira secara keseluruhan. Gejala sosial yang berpunca daripada keluarga. Disini kita mampu lihat dimana kekuatan sesuatu institusi keluarga itu. samada dari sudut negatif atau positif.
Sungguh bersetuju. Peranan seorang bapa itu sungguh penting dan mampu mencorak sikap seorang anak itu. Terima kasih, harap bermanfaat perkongsian ini. moga dapat bersua kembali di lain forum (: