Isnin, 14 Disember 2015

BAGAIMANAKAH KEADAAN KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH DAN SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA. ADAKAH MEREKA MENGHADAPI STRESS YANG TINGGI?





Apabila kanak-kanak mengalami proses sosioemosi, secara langsung pemikiran kanak-kanak itu mula proses dengan normal. Kebiasaannya, kanak-kanak tidak mampu menunjukkan tekanannya seperti orang dewasa. Apabila kanak-kanak itu mengalami tekanan, dia akan mencuba untuk memberontak. Baru-baru ini baru terjadi kes orang asli lari dari asrama apabila guru memarahinya. Melalui itu, kita boleh lihat bagaimana cara kanak-kanak itu meluahkan perasaannya.

Mari kita sama-sama memberi pandangan tentang 'Bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi? Jom kita bincangkan.


9 ulasan:

  1. Assalamualaikum saudari,pada pendapat saya kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia sangat membimbangkan.Berbanding di luar negara,kanak-kanak di sana memiliki kadar stress yang kurang.Ini berkemungkinan kerana kanak-kanak di luar negara kurang menghadapi tekanan dari keluarga yang memberi pengharapan tinggi terhadap kanak-kanak dalam akademik mereka.Sebaliknya,kanak-kanak di Malaysia pula,cenderung menghadapi stress,Ini adalah berkemungkinan bahawa,ibu bapa terlalu mementingkan tahap pencapaian akademik yang tinggi.Sesetengah ibu bapa tidak menitikberatkan tahap anak-anak mereka dalam akademik.Selain itu,kanak-kanak juga dikhuatiri mendapat tekanan disebabkan masalah ibu bapa.Konflik antara ibu bapa tidak sepatutnya didedahkan atau ditunjukkan kepada kanak-kanak.Hal ini demikian kerana,perkara ini akan membuatkan mereka sedih dan bimbang terhadap ibu bapa mereka.Selalunya,kes penceraian punca kanak-kanak stress.Perpecahan keluarga boleh menyebabkan kanak-kanak kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa.Tambahan pula,kita boleh mengetahui tanda-tanda kanak-kanak itu jika mereka tertekan. Antara tanda-tanda yang saya boleh kongsikan ialah , mereka lebih mendiamkan diri dan susah untuk tidur malam . Sekian sahaja dari saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam (:
      Terima kasih atas pendapat saudari yang cukup bernas itu. Sungguh bermanfaat kepada saya dan memberi input yang baik kepada saya mengenai tekanan yang berlaku dikalangan kanak-kanak.

      Saya bersetuju dengan pendapat saudari. Negara luar kebanyakkannya ibubapa mereka hanya mengajar anak-anak secara santai dan tidak mengongkong. Ibubapa tidak terlalu meletakkan harapan tinggidengan keputusan akademik anak-anak dan ibubapa hanya menunggu keputusan sendiri daripada anak-anak. Jika kita dapat lihat cara hidup negara luar, kebanyakkan hanya bapa yang bekerja, ibu perlu memantau dan bertanggungjawab dalam memberi tunjuk ajar kepada anak-anak.
      Selain itu, mengenai pertelingkahan yang mungkin berlaku dalam kalangan ibubapa. ibubapa seharusnya tidak menunjukkan permasalahan dihadapan anak-anak. ini kerana, ia mampu memberi tekanan kepada anak-anak dari segi emosi. Apabila emosi terjejas, kanak-kanak akan bermula untuk memberontak dan melakukan perkara yang tidak diingini. Terima kasih, itu sahaja pendapat dari saya. moga kita dapat bersua kembali di lain forum! (:

      Padam
  2. Kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah hari ini memang mengalami stres yang sangat tinggi dalam hidup mereka. Malah, kesihatan dan perkembangan sosioemosi mereka turut terjejas teruk akibat daripada stres tersebut. Oleh itu , kita sebagai masyarakat perlu memandang serius mengenai hal ini kerana anak-anak ini merupakan generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan.

    Anak-anak yang berusia 12 tahun ( darjah 6 ) yang paling ketara akan mengalami stres yang sangat tinggi kerana mereka perlu menghadapi UPSR. Sudah tentu, ibu bapa meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap anak-anak mereka untuk mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. Namun, ibu bapa dan masyarakat sering terlepas pandang tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka akibat kepentingan diri mereka sendiri ini.

    Kebiasaannya, sebelum peperiksaan UPSR dijalankan , umat Islam di Malaysia pasti akan merayakan Hari Raya Puasa dan akan pulang ke kampung untuk bersama keluarga. Kebanyakan guru-guru pasti akan membekalkan banyak latihan dan kerja sekolah kepada anak-anak muridnya. Bahkan, ada sebahagian sekolah rendah yang turut mengadakan kelas tambahan ketika cuti sekolah tiba. Kesemua tugasan dan kelas tambahan ini telah menyekat masa murid-murid sekolah ini untuk bergaul dengan sanak saudara yang lain di kampung mereka. Malah ,hal ini turut menyebabkan mereka berasa terbatas untuk melakukan aktiviti di luar rumah dan terpaksa terperuk di dalam bilik demi menyiapkan segala tugasan yang diberikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul saudari izaty. Tekanan perasaan bukan sahaja berlaku dalam kalangan orag dewasa malah kanak-kanak turut mengalaminya. Perbezaan antara kanak-kanak dan orang dewasa mengalami stress ialah orang dewasa akan menunjukkan tekanan yang dialaminya, kalau kanak-kanak dia tidak mampu menunjukkan ekpresi kalau dia menghadapi tekanan. Pemerhatian daripada ibubapa itu perlu.

      Padam
  3. Assalamualaikum kepada saudari muna, Saya juga ingin menyatakan pendapat saya tentang tajuk saudari.

    Kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah hari ini memang mengalami stres yang sangat tinggi dalam hidup mereka. Malah, kesihatan dan perkembangan sosioemosi mereka turut terjejas teruk akibat daripada stres tersebut. Oleh itu , kita sebagai masyarakat perlu memandang serius mengenai hal ini kerana anak-anak ini merupakan generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan.

    Anak-anak yang berusia 12 tahun ( darjah 6 ) yang paling ketara akan mengalami stres yang sangat tinggi kerana mereka perlu menghadapi UPSR. Sudah tentu, ibu bapa meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap anak-anak mereka untuk mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. Namun, ibu bapa dan masyarakat sering terlepas pandang tentang masalah yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka akibat kepentingan diri mereka sendiri ini.

    Kebiasaannya, sebelum peperiksaan UPSR dijalankan , umat Islam di Malaysia pasti akan merayakan Hari Raya Puasa dan akan pulang ke kampung untuk bersama keluarga. Kebanyakan guru-guru pasti akan membekalkan banyak latihan dan kerja sekolah kepada anak-anak muridnya. Bahkan, ada sebahagian sekolah rendah yang turut mengadakan kelas tambahan ketika cuti sekolah tiba. Kesemua tugasan dan kelas tambahan ini telah menyekat masa murid-murid sekolah ini untuk bergaul dengan sanak saudara yang lain di kampung mereka. Malah ,hal ini turut menyebabkan mereka berasa terbatas untuk melakukan aktiviti di luar rumah dan terpaksa terperuk di dalam bilik demi menyiapkan segala tugasan yang diberikan. Jadi, perkara ini secara automatik menyebabkan murid itu stress. Justeru itu saya ingin mengajak masyarakat untuk sama-sama bekerjasama memelihara kesihatan mereka. terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam saudari Diana. Terima kasih atas pendapat yang cukup bernas dan bermanfaat. Semoga menjadi satu pengetahuan baru kepada kita.Betul, apabila kanak-kanak ini mengalami masalah stress secara automatik emosi mereka terjejas. Tekanan perasaan dengan sosioemosi serta tingkahlaku sangat berkait rapat.

      Selain daripada itu juga, pencapaian akademik turut menjadi sebab tekanan perasaan ini muncul.Ibubapa zaman sekarang memang terlalu mementingkan pencapaian berbanding dengan keperluan anak-anak. Terlalu menyangkan kongkongan itu mampu melahirkan anak yang baik. Tetapi, sebaliknya akan membentuk anak-anak itu kearah yang negatif disebabkan hdup atas paksaan ibubapa. Jika ibubapa memandang tinggi terhadap perkara ini, mereka akan membentuk anak mereka dengan cara mudah dan berkesan. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih, moga kita dapat bersua di lain forum! (:

      Padam
  4. terima kasih diatas perkongsian anda terhadap tahap kesihatan mental kanak-kanak pra sekolah. berdasarkan kajian kementerian kesihatan malaysia, kanak-kanak sememangnya menhadapi tekanan walaupun mereka masing diperingkat prasekolah. sebagai contoh, Kanak-kanak dan remaja yang tidak beruapaya memenuhi harapan tinggi orang di sekelilingnya (ibu bapa, guru) akan mewujudkan masalah emosi seperti (murung, sedih, resah dangelisah) serta masalah tingkah laku seperti (ponteng sekolah, mencuri, dan terlibat dalam jenayah). mengikut kementerian juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan mempunyai dua jenis tekanan diantaranya ialah yang positif dan tekanan negatif. walaupun begitu tekanan yang positif adalah perkara yang dapat meningkatkan tahap kecerdasan kanak-kanak apabila mereka dihantar kesekolah untuk belajar dan mendapatkan keputusan yang cemerlang. akan tetapi kesan negatif apabila kanak-kanak dikenakan tekanan ialah Kesan emosi adalah seperti menangis, membuat perangai, mengundurkan diri daripada situasi yang tidak disenangi, risau, letih, tertekan, memencilkan diri, marah dan agresif. selain itu, Kesan fizikal adalah seperti sakit kepala atau sakit perut. baiklah itu sahaja pendapat daripada saya. sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. semoga perkongsian ini mampu memberi manfaat kepada saudari dan juga diri say sendiri. Saya bersetuju dengan apa yang dikongsikan saudari mengenai masalah mental atau tekanan yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak merupakan individu yang sedang melalui proses kematangan.Jadi, pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku terhadap kanak-kanak itu. Kita kembali kepada forum kita, kalau dilihat secara umum, pelbagai kes boleh berlaku akibat masalah tekanan ini. Antara contoh kes yang berlaku dalam negara kita, yang turut menjadi viral di media sosial iaitu pelajar orang asli melarikan diri dari asrama akibat dimarahi oleh gurunya. Kanak-kanak tidak mampu tonjolkan tekanannya. Dia hanya mampu tonjolkan melalui perbuatan. Kes ini habis apabila pelajar orng asli itu ditemui dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa. Kes ini sungguh memberi kesan terhadap semua pihak kerana ia menyebabkan kematian. Itu sahaja perkongsian daripada saya. Terima kasih

      Padam
  5. Kesan negatif kepada kesihatan kanak2

    BalasPadam