Ahad, 13 Disember 2015

PERANAN RAKAN SEBAYA DALAM MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK






Rakan sebaya merupakan orang boleh dikira rapat dengan kita selain daripada ahli keluarga. Rakan sebaya mampu menpengaruhi sosioemosi kanak-kanak itu samada kearah positif atau negatif. 
Rakan sebaya merupakan agen sosialisasi kedua.

Mari kita sama-sama bincangkan mengenai 'Peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak'. Berikan pendapat dan pengalaman anda ketika mendekati kanak-kanak dari segi sosioemosi mereka.

13 ulasan:

  1. Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting kepada pembentukan dan pembangunan seseorang individu. Ini kerana para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan sebaya yang mana lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa.

    Kadang kala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya boleh diterima secara positif dan negatif. Ibu bapa berhak mengawal dan mengambil tahu siapa dan dengan siapa anak mereka berkawan. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Berdasarkan definisi ini, kata kunci yang penting untuk dikaitkan dengan pengaruh sosioemosi kanak-kanak itu ialah "mempunyai minat yang sama". Apabila minat itu sama, bagi mereka rakan sebaya itu merupakan sumber informasi dan orang yang boleh dipercayai. Permasalahan atau apa-apa yang perlu dikongsi akan dirujuk dengan rakan sebaya. Hal ini kerana wujudnya perapatan yang jitu disebabkan nilai kepercayaan dan minat yang sama.

    Selain itu, dari segi pergaulan yang kurang dapat perhatian atau kawalan dari pihak keluarga mereka akan lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebaya. Hal ini di khuatiri pemilihan rakan sebaya yang tidak bermoral akan mempengaruhi perkembangan moral dan sosioemosi mereka. Di mana sosioemosi ini bermaksud keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.

    Menurut Teori Perkembangan Havighurst, pada zaman remaja seseorang individu mengalami beberapa perubahan. Remaja mengalami dan mempelajari cara-cara menyesuaikan diri dengan sekelilingnya. Persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan,
    rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan internet. Muhd. Mansur Abdullah et al (1988) menyatakan dengan mencontohi rakan sebayanya, belia kita akan dapat belajar satu tingkah laku baru yang cuba diserap dan disesuaikan pula ke dalam personalitinya. Oleh itu rakan sebaya adalah memainkan peranan penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas pendapat yang bermanfaat. saya bersetuju dengan pendapat saudari yang menyatakan bahawa rakan sebaya ini memberi pengaruh yang besar berbanding dengan pengaruh daripada ibubapa. Ini berkemungkinan berlaku disebabkan oleh proses pembesaran kanak-kanak itu sendiri. Apabila kanak-kanak itu mula masuk peringkat ingin membesar, dia lebih banyak masa bermainnya dengan rakan. Apa-apa dia akan lebihkan rakannya daripada ibubapa sebab rakannya mampu masuk dalam dunia dan pemikiran yang sama dengannya.Kalau ingin dibandingkan dengan ibubapa, ada sesetengah ibubapa itu tdak memahami apa yang diinginkan anaknya disebabkan fktor sibuk bekerja. Itu pendapat daripada saya. Terima Kasih (:

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Tajuk forum kali ini sangat popular dikalangan masyarakat, iaitu rakan sebaya banyak memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan awal kanak-kanak. Pendapat yang boleh saya kongsi terhadap penyataan perkembangan sosio dan emosi bergantung kepada persekitaran misalnya rakan sebaya. Berdasarkan perspektif yang dapat saya kongsikan ialah apabila kanak-kanak ini lebih suka akan benda baru. Oleh itu, apabila kanak-kanak ini menceburi dalam dunia pergaulan dengan masyarakat mereka akan belajar erti sebuah kehidupan. Melalui cara mereka berkomunikasi iaitu mengenali sifat-sigat emosi seperti gembira, sedih, dan sebagainya apabila mereka menghadapi masalah, dan ini berlaku dipersekitaran mereka. Contohnya berlaku pergelutan kanak-kanak untuk mendapatkan permain, ini mengakibatkan mereka mewujudkan persaingan antara satu sama lain. Oleh itu, mereka dapat mengenali hati budi masing-masing dan sikap kawan mereka, dan inilah yang menunjukkan bahawa rakan sebaya lebih banyak memainkan peranan. Apabila kita lihat setiap sekolah akan menggadakan aktiviti seperti mewujudkan Badan Pembimbing Rakan Sebaya, ia bertujuan untuk meningkatkan lagi jumlah rakan sahabat yang mampu mengajak kearah kebaikan. sekian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu saudari. Ini kerana rakan sebaya la yang akan membawa kita kejalan yang baik atau jalan yang buruk. Melalui rakan sebaya kanak-kanak ini mampu belajar tentang hidup. Bagi kanak-kanak yang kurang kasih sayang daripada ibubapa, dia semestinya melebihkan rakannya yang lebih banyak meluangkan masa dengannya. Terima kasih

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. Rakan Sebaya boleh memberi pengaruh yang positif atau kebaikan antara satu sama lain dan kadang kala boleh mempengaruhi dalam bentuk yang negatif atau kejahatan. Rakan Sebaya yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang baik akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang lebih memberi kesan positif kepada rakan-rakan yang lain seperti terlibat dalam aktiviti kokurikulum & aktiviti meningkatkan kemahiran diri manakala rakan sebaya daripada kalangan pelajar-pelajar yang bermasalah akan memberi kesan yang sama kepada rakan-rakan yang lain.

    Ini kerana rakan sebaya yang negatif mempengaruhi rakan sebaya
    yang lain untuk bertingkah laku bertentangan dengan tuntutan agama dan norma-norma masyarakat. Nilai-nilai murni yang ditanam di kalangan pelajar sejak kanak-kanak lagi mungkin tidak mempunyai kesan yang banyak terhadap pengaruh tingkah laku sekiranya pelajar berkenaan tidak berupaya menolak pengaruh rakan sebaya. Keupayaan untuk menolak pengaruh rakan sebaya adalah satu kemahiran penting yang perlu diperolehi oleh remaja agar remaja berkenaan boleh berperilaku sejajar dengan nilai yang dianutinya.

    Rakan Sebaya bukan sahaja mempengaruhi seseorang individu secara negatif melalui pujukan dan paksaan tetapi juga secara positif dengan menberi khidmat, sokongan dan peluang untuk membincangkan pandangan-pandangan yang bertentangan. Pengaruh kuat Rakan Sebaya boleh digunakan seacara konstruktif untuk membentuk tingkah laku yang positif di kalangan mereka.

    Untuk pengetahuan kita semua, Rakan Sebaya juga adalah orang-orang yang paling hebat dalam membantu kita mencapai kejayaan akademik. Satu sebab utamanya ialah mereka ini mempunyai tahap pemikiran yang sama dengan kita. Jadi, jika mereka faham sesuatu, mereka boleh terangkan kepada kita dengan lebih mudah. Rakan Sebaya juga boleh menjadi sumber rujukan dan sistem sokongan kepada kita. Namun, kita perlu berhati-hati. Tidak semua rakan sebaya boleh membantu kita kerana ada yang akan cuba menarik kita ke arah kegagalan walaupun bukan itu niat mereka. Mereka juga turut menyumbang kepada berlakunya masalah gejala sosial terutamanya kepada pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan mengalami masalah keluarga. Ini adalah fakta. Pengaruh Rakan Sebaya memang antara sebab utama yang boleh membuatkan pelajar bukan saja bersikap kurang ajar, nakal dan jahat tetapi juga berpotensi untuk ponteng sekolah yang mana pelajar akan mengalami masalah kemerosotan disiplin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terma kasih saudari husna diatas pendapat yang menyatakan tentang rakan yang mamu membawa kerah positif dan negatif. Disni saya dapat mengetahui cara untuk mengawal kanak-kanak daripada berkawan dengan kanak-kanak yang baik atau sebaliknya. Sesungguhnya kehidupan sebagai seorang kanak-kanak la yang banyak memberi pengajaran dalam proses untuk kenali dunia. Terima kasih (:

      Padam
  6. Hubungan baik antara rakan dapat memberi impak kepada seseorang kerana seorang rakan dengan tingkah laku yang positif mampu merefleksi diri dan keyakinan diri seseorang

    BalasPadam
  7. Salam sejahtera. Izinkan saya melontarkan pendapat. Walaupun ringkas tetapi bermakna. Perkara yang saya hendak tegaskan ialah rakan sebaya mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Namun jangan semestinya menafsirkan falsafah persahabatan dalam konteks yang condong kearah negatif. Apa yang penting, berkawan itu keperluan tetapi perilaku itulah yang perlu dihindari. Sekian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahh pendapat yang penuh makna.

      Betul, saya bersetuju dengan saudara. Tidak boleh meletakkan benda negatif tentang rakan atau dalam persahabatan sebab ada juga disebabkan rakan, dapat membentuk sahsiah dir dan akhlak yang baik dalam diri. Oleh sebab itu, ibubapa perlu membuat pemantau dengan siapa anaknya berkawan agar perkara yang negatif itu boleh dihindari seperti yang diperkatakan oleh saudara. Terima kasih (:

      Padam
  8. Assalamualaikum saudari Muna,saya ingin menyatakan serba sedikit pandangan saya mengenai topik ini.Dalam teori kematangan Arnold Gesell memfokuskan kepada kematangan individu di mana dalam proses kematangan ini ia dipengaruhi oleh dua faktor iaitu faktor baka dan persekitaran yang menjadi penggerak utama kepada pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak itu.Salah satu faktor persekitaran ialah rakan sebaya .Mengikut teori ekologi Bronfenbrenner pula , terdapat sistem yang berkait dengan topik ini iaitu mikrosistem.Mikrosistem ialah persekitaran yang dekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan paling banyak menghabiskan masa.Kanank-kanak ini berkembang ke arah yang lebih kompleks kerana terdapat banyak pengaruh luar.Setelah kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan,mereka akan mula berkenalan dengan ramai kawan baru.Pengaruh rakan sebaya ini boleh menjadi positif dan juga negatif.Jika baik budi rakan sebaya,maka nilai-nilai yang baik akan diterapkan dalam diri kanak-kanak itu.Jika buruk moral rakan sebaya , maka buruklah moral yang diterima dan diikuti oleh kanak-kanak tersebut.Sekian sahaja daripada saya untuk topik ini

    BalasPadam
  9. Waalaikumussalam saudari Ainun. Sungguh menarik teori yang dibawa oleh saudari. Sedikit sebanyak saya boleh mengetahui tentang teori Arnold Gesell dengan lebih mendalam.

    Betul, apabila kanak-kanak itu mencapai umur matang, dia akan mampu berfikir untuk mengikut rakan yang baik atau sebaliknya. Terima Kasih. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang dari diri saya sendiri.

    BalasPadam